Tuesday, August 20, 2013

med check

salam semua.

semalam ais gi buat medical check up
sebab nak naik U bulan 9 ni woi
cuwak tak cuwak gak la woi
so kepada yang belum buat tapi nak buat

haa ni nak cerita sikit la sapa yang kot-kot tetiba gabra nak buat medical check up,

firstly,
ais ni memang penakut/pemalu orang nya ha ha ha
tapi kalau dah kenal sebenarnya mengalahkan sheey tan xD

sebenarnya ais kalau nak cakap dengan orang kat kaunter tu malunya hadui ke pun lak ai
so jadiknya toksah la malu sebab dia bukan nak kawen dengan kita pun (haha)
just pergi je kaunter and chakap "salam cik, saya nak buat medical check up"

nanti dia amek borang lain
nanti dia tick -tick mana yang korang kena buat

and semalam ais kena bayar rm20
-untuk bayar xray kot.. so korang prepare la duit gak jangan bawak badan je :D
(korang akan diberi satu no queue yang korang akan pegang je-just pegang dia tak suruh makan benda tu)
and diorang akan bagitau mana nak pegi mana nak pegi lepas ni
contoh dia tulis
(6,
xray,
7)
so first kena pegi kena pergi kaunter 6
and kaunter 6 kena test air kencing
so korang pergi je kaunter 6, tunjuk borang yang dia dah bagi tu
then dia bagila cam botol kecik untuk korang "isi"
haha
pandai pandai la hidup ye.

and yang menyirap semalam,
Abe/orang lelaki yang jaga
handsome lak uh adoyai
wtfasdasjdhaskd SEGAN ARGH xQ__
pastu ais segan sangat pastu dia kata
"ala nanti saya nak test saya tengok gak benda tu"
asdfghjkl =//=

masa 1st experience ais buat check up, it was a girl.

then bagi je orang kat kaunter 6 tu,
then dia suruh tunggu,
korang tunggu je la dekat-dekat
nanti dia akan announce NO QUEUE korang yang dah diambik awal-awal tadi
then korang amek la result korang

same goes to xray and no 7 and stuff

1. bagi borang korang
2. tunggu no queue korang disebut
3. ikut arahan yang nurse/pembantu tu suruh
4. tunggu lagi untuk result
5. amek result

Lepas korang buat semua check tu,
korang last sekali akan jumpa doktor.
bukan untuk dibedah tapi
untuk confirmation dia nak tanya sikit-sikit la
nak tengok korang bole gi U ke tak, ada problem ke tak
korang takyah nak tercirit sangat dia tak buat apa pun :)

selain test air kencing and xray,
ada kira tinggi and berat,
tekanan darah,
and test mata :)

xray- korang kena pakai baju xray so korang kena emm, bukak pakaian korang (paling gua tak suka, selain test air kencing)
kira tinggi berat tekanan darah semua dah tau kan
and test mata, ala dia nak check korang rabun warna and rabun ke tak
yang macam ais dapat semalam
test color blind and then
dia bagi satu huruf untuk dipegang then kalau dia tunjuk kat papan ais kena tunjuk dengan tangan ais bentuk tu (gerak/pusing2kan huruf tu la, sambil kena tutup mata sebelah guna alat lain)- btw ais pakai cemata.

and em,
kalau dah dapat tawaran,
kalau kena pegi buat medical check up
pegilah awal-awal
takde la nanti nak queue panjang :-)
mcm ais semalam kejap je :)
datang pukul 10 lebih
pkul 12 dah siap
sebab sikit je orang,
xde nak queue2 :-)

okay tu jela
selamat bermedical check up
lau ada pape nak tanya tanya jela kat ruang komen tu kan ada haa.
buhbye salam

sebelum korang chow ni haa gamba ZELO pegang baby *//////*

argh! BABY pegang baby T^T
tu dia sebelum naik stage untuk world tour *-*
bye.

lol
salam.

Friday, July 19, 2013

sujud syukur

assalamualaikum

em

alhamdulillah
ais dapat sambung llb di shah alam :)

hari ni cam blur and sakit kepala la
tak tau kenapa,
maybe sebab lapar kot -_-

and mungkin sebab tidur tak cukup
ok tipu #lak haha

so ais nak kongsi la since
mesti ramai yg bersyukur dengan result masing-masing
camne nak buat sujud syukur
kalau tak syukur pun, kena syukur gak!
sebab Allah dah bagi, paham :)

kalau nak sujud syukur (ini menurut mazhab syafi'e and hambali)
kena thaharah, suci daripada hadas kecil ataupun besar, 
mengadap kiblat 
dan tutup aurat.

cara nak buat:-
1st hadap kiblat
kedua takbir pastu sujud sekali, bacaan dia sama cam camne dalam solat biasa
ketiga (takbir lagi sekali lagi untuk bangkit daripada sujud), then salam je. takyah baca doa tahyat akhir / doa tasyahud.
(untuk salam boleh dilakukan sekali)

rukun sujud syukur

berniat untuk sujud syukur
Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud
Satu kali sujud
Memberi salam sesudah sujud

haa, nak bagitau ni, sujud syukur makruh dilakukan pada waktu2 yg dilarang tau
seperti selepas solat subuh and asar :)
dalam solat pun tak boleh buat tau -- kecuali kalau mmg dah tak tau atau lupa :)

senang banget,
lepas ni bole la buat selalu! :D

pastu en en tadi ayah gi depan --tempat kitorang selalu membongkang kan
pastu dia kata "ni dua dua dah masuk U kan? semua kena perangai jadi cam orang dewasa"

kitorang dah macam "H*LL NO" Haha
kitorang dah eww eww taknak tak nak haha

i mean,
i can act mature or childish whenever i want to alright
haha duh~ 

p/s: sesiapa yang masih kecewa tu,
ingat camni je,
KAU SYUKUR, ALLAH TAMBAH.

Monday, July 8, 2013

chillin

september is getting near /sob sob
no more time for fangirling b.a.p

uhuk uhuk zelo /.\

my bro;

"i once told dad that I want to be a singer,
then dad said "NO"
so i said "kfine."

then i said i want to be an actor
then dad also said "NO"
then i said "kfine"

then i said i wanna be Racer
then dad also said "NO"
and i said kfine

and  then, later i said I want to be an Engineeer,
then dad said OK
then i said "FINE"

lel.

Monday, July 1, 2013

july is here

hmm since i never post anything about month
i would want to try to do one now

emm to be honest
this year's june
is the most magical month that happened to me

i met him
and im able to talk to him
i think its kinda an awesome experience :)

i hope i can remember all of these memories well
i hope this year can be the best year for me
i hope i can get what i want
and my dreams can be a reality-- in the future ^ ^

btw

since its july
it means that we are all going to know
about where will me and us are going to be placed on september
i really hope that i can pursue law in shah alam (insyaAllah)

guys pray for me and wish me luck! hehe :) amin > <

Saturday, June 29, 2013

muetz

salam semua

mula-mula ais nak mintak maap kalau maklumat yang ais sampaikan tak mencukupi haha
daya ingatan ais tak sebagus kalian
maap!

jadik hari ni ais nak cerita pasal muet

kepada pelajar undang-undang dan tesl khususnya
sangat lah mementingkan muet ni
sebab kena dapat band 4

(tapi ais cerita pengalaman ais jela ok? tiada kaitan hidup or mati dgn sesiapa)
p.s perkataan muetz kat tajuk tu melambangkan muet amek dua kali hahahah k takde kaitan bye.

muet band dia sampai 6
majoriti budak malaysia dapat 3 haha *takda sumber, opinion je ^-^
lagi tinggi "band" tu, lagi power la tahap english anda--rasanya
so kalau dapat band 4 tu alhamdulillah la bangat2
sbb anda lepas average #eh?
tapi jangan bangga diri sangat sbb ada yang dapat band 5 (uuuuuuuuuuu)

so pengalaman ais dalam hidup bermuet ni (haha -.-)
ais dua kali ambil muet
1st try dapat band 3
2nd try baru dapat band 4

daripada pengalaman ini
ais paham yang sebenarnya benda ni boleh buat kalau ada usaha

jujur ais cakap masa 1st try to ais siapkan pensel je
tak study haprak pun- siap tengok tv ada anugerah bintang popular berita harian yang tema disneyland tu=_=
so pegi konfiden
dapat result menangis tertonggek, tergolek

yang sedihnya
bazir je tinggal kat kampus extra 2 hari sbb nak amek muet (kena bayar rm5 satu hari!)
kat kuantan pulak tu huenghueng
dah la ramai dah balik untuk cuti
aku terkandas /nangis/

ha! untuk pengetahuan semua
ujian muet ni ada dua kali, diulangi DUA KALI setiap kali ambil
sbb satu kali untuk -Speaking sahaja
satu kali untuk reading, writing and listening

kesian ayah ais kena hantar ais pergi kuantan siap tido sana
sebab masa tu tengah cuti sem -.-
pedih

btw, ais mengaku and ais dpt band 3 sbb ais mmg malas
time tu ais salahkan pihak muet sbb kedekut markah (pfft)
tapi sebenarnya ais yg malas (pfft darab dua)

masa 2nd try pegi boleh buat
sbb ais buat latihan en
so, rajin kan diri!

so 2nd try
sebab ais kena amek lagi sekali nak dapatkan band 4

//nangis//

masa 2nd try ni pun perit gak
tapi tak perit sangat la sbb stay rumah member
kenyang wa cakap lu duduk umah dia
asyik makan nasi jek XD

yang best tu pasal duit
kitorang kena amek kereta sewa asdfghjkl
mahal lak tuh! rm 200 minyak lagi -.-
dah la aku tak reti drive nasib baik wajie ada
so drive la dari kuantan ke raub

sebenarnya nak amek kat muar,
dekat la dengan rumah ais
check2 habis! sabooo je
kena la amek kat raub
so tinggal sana--- Thanks pakcik, makcik, n Zu!

and seperti yang ais kata tadi,
muet kena datang 2 kali kan?
yang 2nd time kena naik bas -_-
dah la tempat bas kat kuantan tu ngada2 tukar2 pulak sana sini =..=
leceh habis.....

Tengok ni, duit minyak, kereta sewa, tambang bas, T^T
yang paling sengkek duit muet kalau nak amek lagi sekali rm 100 wooooo
so sayangilah duit anda
baik buat beli makan, kenyang
beli barang kpop pun dapat
tak pun baju and shawl T~T

So nasihat ais yang tak berbelah bagi
sebab ais dapat hard lesson
untuk pengalaman muet ni:-

1st Korang amek la yang dekat dengan rumah
lagi best tido makan kat rumah sendiri
hotel ke tempat stay ke takyah kena bayar semua
Senang pegi balik parents boleh hantar
Kalau amek kat tempat lain?
Tempat kat mana tau tau satu hal, Tambang semua pegi balik? wah wah
kaya lain cita la, nak tido pun kena bayo u.u

2nd Pegi la isi borang muet tu cepat2 dah tau korang dah nak kena amek
ni last minit baru nak pilih
hambek semua tempat yang awak nak tak dapat
cam ais ni haaaa /.\
Lagi cepat lagi bagus

ha yang paling penting
no 3 ni

>> dah tau nak amek muet tu study la leklok
ni overkonfiden je mentang2 banyak speak english dengan kawan
N please beli buku -.- Korang boleh study kat dalam tu ada latihan,
praktis bebanyak, tu je Key dia
apa2 buku muet pun boleh-asalkan korang buat
beli banyak tak buat latihan buat apa
Cari masa untuk buat! Jangan lengah :-)

semoga berjaya!

and kalau ada pape soalan tanya je kat ruangan komen
takyah memalu sangat XD

Thursday, May 30, 2013

menge-check rayuan ubah keputusan muet

salam semua

ha hari ni ais bangun lambat, sebab tidur lambat hehehe
seperti hari-hari yang sebelumnya..

so bangun bangun tadi tengok handphone baru teringat nak call
penolong pendaftar
ais rasa penolong pendaftar ni macam orang yang uruskan upu
"mendaftarkan" mana kita nak pergi lepas spm/ asasi/ diploma camtu la
so in this case it is for uitm students maybe

so untuk call pejabat penolong pendaftar nombornya adalah

03- 55444121/ 03-55444122

so tadi ais terus la pegi telefon nombor tu

then tak dapat sambung
pegi no 2 tu pun sama

so ais try lagi sekali no yang pertama then dapat

pastu ais tanya la "ini pejabat penolong pendaftar fakulti undang-undang ke?"

lepas tu dia kata telefon 03-55444126

lepas tu ais call la no tu then dapat

ais tanya la benda yang sama- "ini pejabat penolong pendaftar fakulti undang-undang ke?"
then dia kata ya..
pastu ais tanya "boleh tak nak check keputusan rayuan muet dah sampai ke belum?"

then dia kata: untuk check keputusan rayuan muet tu call -
03- 55444156

perasaan ais: taknak menyirap lagi kot. berapa banyak no da~

then dapat. lepas tu ais tanya la:  "ini pejabat penolong pendaftar fakulti undang-undang ke?"
pastu dia kata YA
then dia tanya Nama.

Ais bagitau la nama ais
then-- alhamdulillah la dah sampai surat tu.
pastu ais tanya kan raffiq punya, kawan ais yang beria-ia nak suruh orang teponkan
pastu ais sebut je nama kawan ais lagi sorang-muzammil nama dia
lepas tu orang tu kata "eh ramai nya awak check kan?"

pastu ais "HEHE" jelah.
dan dua budak ni surat diorang pun dah sampai..

so as a conclusion-
just call je  03- 55444156 terus kalau nak check keputusan rayuan muet,
*nak check dah sampai ke belum tau!
bukan upu dah dapat ke belum hehe
and rasanya *call la waktu office hour :)

tu je ais nak bagitau, wasalam :)

p/s: pastikan korang taip 03 masa dail tu and pastikan no 5 dan 4 pada jumlah yang betul, peace!

Tuesday, May 7, 2013

ricky kim on rm 144

i was just watching running man ep 144 and it was hilarious.

and the guests of the infamous variety show were cha in pyo (actor), ricky kim (im not sure but i saw him a lot in variety programs), and seo jang hoon (a former national basketball player for south korea)

im not usually writing about running man although it is my favorite but

hehe

i was a little bit starstruck by ricky kim- and he is also one of my favorite in dream team

he is so humble and sporting
and shows a great sportmanship as when jaesuk
managed to throw his shoes on the stairs right on the yellow heart shape

he was the first one to hug him-- like he always does to his teammates on dream team

and i really love how he helped jong kook
to stay sit on the bench until the time is up..




by this they are to obtain the first order to entitled for ddak ji king

watch running man ep 144 to see who won the title! :)

Thursday, April 25, 2013

asasi undang-undang #pengalaman #mds

Soon, spm-leavers mesti nak masuk semula sambung belajar kan?
Since orang bekas pelajar asasi undang-undung sesi 2012/2013 uitm kuantan,
orang akan share sikit pengalaman orang time mula-mula nak masuk mds dan mungkin sini ada beberapa tidbits berguna yang korang boleh pakai sebagai persediaan time nak masuk nanti.

First, orang daftar, then diumumkan lah dekat laman web tu yang orang dapat asasi undang-undang. Serius, masa tu sedih gila sebab target subjek sains (padahal benci tapi suka masa tu) tapi dapat undang-undang, so bersyukur jela.

Then terus bersedia dengan benda-benda yang dia suruh siapkan macam borang-borang,
(maybe orang akan sediakan entry lain untuk memudahkan engkorang semua), barang-barang, baju yang korang kena bawak and toiletries semua. Banyak benda nanti yang korang kena print, sign and letak dalam fail. Korang kena sediakan gambar juga and kena buat akaun bank Islam.
Dinasihatkan korang pergi cepat nanti takut kelam-kabut :)

Time tu barang orang SEMUA ayah orang yang sediakan hehehe. (Anak manja T.T)
Saat saat terakhir tu jangan la suka sangat menghadap internet, korang hargailah sepuas-puasnya masa dengan mak ayah korang, bagi yang manja-manja tu, tolong la apa-apa kat dapur sebab takut-takut hari-hari terakhir nanti tangkap leleh.
p/s: Orang tak tangkap leleh hari-hari terakhir tu, orang tangkap leleh time mds. Wakaka.
*sebab ayah tak kasik nangis. sebab tula orang nangis time mds. huwa

MDS tu, Minggu Destini Siswa.
Mds ni minggu orientasi yang diwajibkan kepada dak-dak uitm yang baru masuk.

Minggu ni minggu paling suffer bagi orang.
asasi undang-undang yang dekat kuantan, korang akan kena mds dekat Jengka.
Jauh gila woo.
lagi-lagi yang duduk Johor ni haa.
Bak utara dengan selatan.
So time orang, kitorang pergi sana awal satu hari, and tido sana.
Korang cepat-cepatla booking hotel.
Alhamdulillah bagi orang, sebab dapat mak bapak yang pandai gila.
Diorang tangkas je buat itu ini.
Orang tengok je, haha.

And dah lambai-lambai cium peluk semua,
Kena lah tinggal selama seminggu di Jengka.
Suffernya Tuhan sajalah yang tahu.
Kitorang kena bangun seawal pukul 4/5 untuk mandi.
Dah siap kena beratur kat luar pukul 6.
Yang geramnya tu, bukan nak buat apa pun. Just beratur je sampai pukul 7.
Untuk breakfast. Tak habis lagi masuk mulut dah kena beratur balik ke dewan DSG
untuk ceramah.
Tergamam jugakla kali pertama masa kena suruh berjalan ke sana tu, sebab jauh gila.
Nasib baik dewan tu sejuk, cepat sikit hilang penatnya.
Time hujan lagi heaven.
Time hujan tu orang jalan laju gila dah tak pandang kiri kanan dah.

Yang best pasal uitm ni, diorang amat pentingkan hal agama and solat berjemaah.
since majoritinya melayu yang beragama Islam.
Kat sini jugak korang akan jumpa orang yang berlainan agama, sebab ada Sabah and Sarawak since diorang pun bumiputra.
yang ni baguslah bagi aku,
tapi bab beratur dan bersesak-sesak tulah yang tak best, normal lah sebab ramai.

pastu dekat mds ni akan ade OC yang akan jaga korang.
ada oc yang baik, ada oc yang boleh tahan annoyingnya.
time mds ni korang banyak-banyak la bersabar ya.
and maybe korang kena tadah telinga and buat je apa yang diorang suruh.
senang cita jangan buat salah atau menipu sebab ia sangat menakutkan.
*kes dah boleh expect apa boleh jadi

and maybe, tak tau la sebab time orang tak pakai, baju putih.
penat ayah dengan orang pi carik baju tu satu hari, bila pegi sana tak pakai.
Hmm saba jelah.

time mds ni, jaga barang korang baik-baik sebab hari-hari mesti ada announcement barang yang hilang.and maybe korang boleh sediakan cam botol air, pensil box, and buku nota je dalam beg tu. sebab berat kot kalau korang nak bawak ke hulu ke hilir.
and korang akan tensen sikit bila denga yang kat jengka je ada ceramah-ceramah ni >-<

my advice:
1. korang yang asasi undang-undang akan dipindahkan ke kuantan selepas lebih korang 5 atau 6 hari kat jengka naik bas secara beramai-ramai, so korang pikirlah nak bawak sikit baju ke banyak-banyak sebab later korang akan balik jugak.
yang barang-barang cam baldi semua tu memang kena bawak tau. tang laptop tu.. tak payah kot.

2. bawak sikit sikit je, sebab korang akan topup dan topup bila balik nanti.

3. jangan bazirkan duit :D kesian mak ayah :')

*orang cerita bukan nak takutkan tau, tapi nak korang imagine and bersedia nanti :)