Tuesday, August 20, 2013

med check

salam semua.

semalam ais gi buat medical check up
sebab nak naik U bulan 9 ni woi
cuwak tak cuwak gak la woi
so kepada yang belum buat tapi nak buat

haa ni nak cerita sikit la sapa yang kot-kot tetiba gabra nak buat medical check up,

firstly,
ais ni memang penakut/pemalu orang nya ha ha ha
tapi kalau dah kenal sebenarnya mengalahkan sheey tan xD

sebenarnya ais kalau nak cakap dengan orang kat kaunter tu malunya hadui ke pun lak ai
so jadiknya toksah la malu sebab dia bukan nak kawen dengan kita pun (haha)
just pergi je kaunter and chakap "salam cik, saya nak buat medical check up"

nanti dia amek borang lain
nanti dia tick -tick mana yang korang kena buat

and semalam ais kena bayar rm20
-untuk bayar xray kot.. so korang prepare la duit gak jangan bawak badan je :D
(korang akan diberi satu no queue yang korang akan pegang je-just pegang dia tak suruh makan benda tu)
and diorang akan bagitau mana nak pegi mana nak pegi lepas ni
contoh dia tulis
(6,
xray,
7)
so first kena pegi kena pergi kaunter 6
and kaunter 6 kena test air kencing
so korang pergi je kaunter 6, tunjuk borang yang dia dah bagi tu
then dia bagila cam botol kecik untuk korang "isi"
haha
pandai pandai la hidup ye.

and yang menyirap semalam,
Abe/orang lelaki yang jaga
handsome lak uh adoyai
wtfasdasjdhaskd SEGAN ARGH xQ__
pastu ais segan sangat pastu dia kata
"ala nanti saya nak test saya tengok gak benda tu"
asdfghjkl =//=

masa 1st experience ais buat check up, it was a girl.

then bagi je orang kat kaunter 6 tu,
then dia suruh tunggu,
korang tunggu je la dekat-dekat
nanti dia akan announce NO QUEUE korang yang dah diambik awal-awal tadi
then korang amek la result korang

same goes to xray and no 7 and stuff

1. bagi borang korang
2. tunggu no queue korang disebut
3. ikut arahan yang nurse/pembantu tu suruh
4. tunggu lagi untuk result
5. amek result

Lepas korang buat semua check tu,
korang last sekali akan jumpa doktor.
bukan untuk dibedah tapi
untuk confirmation dia nak tanya sikit-sikit la
nak tengok korang bole gi U ke tak, ada problem ke tak
korang takyah nak tercirit sangat dia tak buat apa pun :)

selain test air kencing and xray,
ada kira tinggi and berat,
tekanan darah,
and test mata :)

xray- korang kena pakai baju xray so korang kena emm, bukak pakaian korang (paling gua tak suka, selain test air kencing)
kira tinggi berat tekanan darah semua dah tau kan
and test mata, ala dia nak check korang rabun warna and rabun ke tak
yang macam ais dapat semalam
test color blind and then
dia bagi satu huruf untuk dipegang then kalau dia tunjuk kat papan ais kena tunjuk dengan tangan ais bentuk tu (gerak/pusing2kan huruf tu la, sambil kena tutup mata sebelah guna alat lain)- btw ais pakai cemata.

and em,
kalau dah dapat tawaran,
kalau kena pegi buat medical check up
pegilah awal-awal
takde la nanti nak queue panjang :-)
mcm ais semalam kejap je :)
datang pukul 10 lebih
pkul 12 dah siap
sebab sikit je orang,
xde nak queue2 :-)

okay tu jela
selamat bermedical check up
lau ada pape nak tanya tanya jela kat ruang komen tu kan ada haa.
buhbye salam

sebelum korang chow ni haa gamba ZELO pegang baby *//////*

argh! BABY pegang baby T^T
tu dia sebelum naik stage untuk world tour *-*
bye.

lol
salam.